Wednesday, 2 May 2012

Masa untuk Berevolusi

Cerita aku bermula disini... setelah 1 tahun 5 bulan aku berada dikuala lumpur bandar yang besar. berbagai ragam aku dapati disini. kuala lumpur adalah bandar yang pesat berkembang. dimana sahaja ramai orang berpusu-pusu untuk mengejar masa. bak kata orang, siapa lambat memang tertinggal jawabnya. semua yang dilakukan disini pasti kena pantas dan tangkas. jangan masih bermimpi disiang hari lagi, wake up kawan-kawan semua. masa untuk melakukan perubahan hidup, jangan masih duduk ditempat yang sama. ubah segala persepsi orang terhadap anda. buat sesuatu perkara yang mendatangkan keuntungan pada semua pihak termasuk diri anda sendiri. cuba fikirkan sejenak, apakah yang anda mahu lakukan dalam kehidupan? sudah dapat ke jawapan yang dicari? masih belum lagi? cuba fikir smpai dapat apa yang anda mahu lakukan dalam kehidupan anda. macam SF, SF hanya cuma tinggal 3 semester untuk mengcompletekan study diKL ini. tidak sabar rasa untuk menghabiskan belajar dan menunggu untuk mengubah dunia SF sendiri. semua yang SF rancangkan pada masa hadapan sedang disusun rapi. jadi SF harapkan kawan-kawan diluar sana, akan berjaya juga ya. apa ditunggu lagi? mulakan perubahan kehidupan yang lebih baik. sampai disini sahaja SF dapat coretkan... berjumpa lagi ya. see yaaaa..... :-)

Monday, 5 December 2011

Kenangan pada Disember 2011


Hey all, sorry sudah lama storyforever tidak mengupdate bicara. Pada bulan oktober yang lepas storyforever baru sahaja kehilangan bapa tercinta. Semoga permergian bapa storyforever ditempatkan orang-orang yang beriman. Amin.

Cerita pada bulan disember ini, storyforever ingin bertanyakan pada sahabat-sahabat semua, adakah tahun ini impaian sahabat-sahabat semua sudah mencapai matlamat yang ingin dicapai dalam hidup? Jika belum, kenapa ia belum tercapai lagi?

Matlamat storyforever ada yang sudah tercapai ada juga yang belum tercapai. Tapi insyallah storyforever berusaha keras untuk mengapi apa yang belum terlaksana. Pada tahun ini impian storyforever sudah tercapai untuk menjadi usahawan kecil-kecilan. Alhamdulilah, storyforever pun baru sahaja memulakan perniagaan. Semoga perniagaan yang storyforever jalankan ini berjalan dengan lancar.  Amin.

Dalam masa setahun lagi, storyforever akan menamatkan pelajaran degree. Harap semua doakan storyforever agar berjaya dimasa kelak. Pada tahun ini ada gembira ada juga sedihnya bermacam-macam rintangan dan halangan yang harus dilalui storyforever, masa perjalanan storyforever masih panjang dan banyak perlu diubah dan meniti kejayaan dan kecapi kebahagian. Semoga sahabat-sahabat semua mengapai apa yang dimahukan dalam kehidupan kamu semua. 

Sampai disini sahaja coretan storyforever. Jika ada umur yang panjang, berjumpa lagi kita semua. J

Tuesday, 24 May 2011

Minggu cuti sem

      pada malam ini, aku nak cerita ttg cuti semestar yang telah bermula.. minggu ini sudah bermulanya cuti semestar baru aku, dalam diri ini pun rasa mcm takut juga pada keputusan exam yang lepas. seram sejuk dibuatnye. harap-haraplah aku dpt pointer yg baik. kesah cuti sem ini, pada hari sabtu pagi, aku telah drive kereta dari kl ke johor sendirian sambil melayani lagu2 diradio. semasa dalam perjalanan berbagai-bagai gelagat manusia aku nmpk dihighway. terlalu lame drive dari kl ke jb mengambil masa 3 jam. mungkin lame-lame aku drive aku terasa bosan rasa mcm lmbt hendak smpai ke jb.


   bile smpai di perhentian ayer keroh, melaka. aku berhenti untuk mengisi minyak kereta ku yang semakin kekurangan, setelah tiba disebuah station minyak di ayer keroh, aku terkejut melihat sekumpulan convoi motosikal berkuasa tinggi berhenti di station disitu untuk mengisi minyak pada motor mereka, aku menjangkan lebih kurang 30 biji motorsikal berkuasa besar berehat disitu seketika. selepas aku mengisi minyak keretaku, aku teruskan perjalanan. semasa dlm perjalanan aku pun melayan lagu diradio. kebetulan masa itu lagu yg diputarkan mmg lagu favorite aku, nyanyi pun nyanyi tibe2 perut ku berbunyi. maklumlah pg td sblom bertolak aku tidak bersarapan dirumah. jd aku pun singgah di pagoh untuk berehat seketika disana. aku membeli air dan sedikit kuih muih utk dimakan di dalam kerete. nak makan di situ, meja terlalu penuh dan tiada tmpt kosong. bayangkan betapa ramainye pada hari sabtu masa tu. mybee semua org pergi berjalan-jalan rasanye.


  tepat pada kul 12.00 tghhari aku pun telah tiba dijohor. alhamdulilah akhirnya aku smpai juga ke rumah dengan selamat. aku pun masukkan kereta ke dlm garage dan berehat disofa. maklumlah penat drive dari kl ke jb. setelah penat hilang. pada masa tu kul 3 ptg. aku pun teringat yang bil broadband aku tidak bayar lg. jd aku terus ke shopping complex untuk membayar bil broadband aku disana. selepas membayar bil aku pun terus pulang ke rumah dan meneruskan rehat dengan secukupnye.. untuk hari ini sajalah cerita storyforever disini. nanti ada masa storyforever akan sambung semula.. selamat cuti sekolah dan happy nice day.

Thursday, 19 May 2011

Minggu exam


minggu ini adelah minggu exam bg kite orang. minggu exam adelah minggu yang paling mengilakan kepala aku, byk benda mau ingat. dahsyat btol. pada ari isnin ari tu exam pertama dah lepas. skrg tgh tunggu exam yg kedua pada jummat ini. aku akan beraksi tanpa sepadan bile menjawab exam linux administrator. itu sungguh mengilakan. mcm manelah agaknye result aku sem ini.. result dah mula membayangi hidup aku. arghhh.. harap-harap aku dapatlah score sem ini kerna tidak mau sejarah kembali berulang. sampai disini sajaha coretan saya. harap semua terhibur. :-) smile.

Monday, 14 March 2011

Detik-detik menyambung pengajian ke tahap lebih tinggi

     Skrg ini aku sedang membuat persiapan untuk menyambung pengajian aku disebuah institusi pengajian tinggi swasta. Aku belajar dalam bidang networking technology. Aku sudah memulakan langkah kehadapan untuk memajukan diri sendiri serta meningkatkan tahap pendidikan.
    Setiba aku di kuala lumpur nanti, aku dah tak dpt bayangkan bile aku jejak kaki kesana. Kuala lumpur adelah tempat yang membosankan aku dengan penduduk yang pandat. Kuala lumpur juga adelah tempat yang penuh berbagai-bagai ragam dan gelagat manusia. Bagi aku, kuala lumpur hanya sebuah  bandar metropolitan yang besar  dan tiada ape-ape yang best sgt kat kuala lumpur.
  Kehidupan dikuala lumpur agak berbeza dengan tempat-tempat yang lain dan juga gaya hidup yg berbeza. Kalau ditempat lain mungkin kurang sesak  dijalan raya. Manakala kuala lumpur sentiasa sesak dengan berbagai jenis kenderaan dari pagi hingga ke waktu senja.
  Sampai disini sahaja storyforever mencoretkan cerita. Sbb storyforever dah lame x update blog ini. Hehhe.. storyforever kekurangan bahan utk diceritakan disini. Ini jelah kesah storyforever utk hari ini..

Thursday, 17 February 2011

Kisah Hari Ini

Kisah hari ini adelah aku pun x tahu kenape ngan mata aku hari ini sbb mata aku ni rasa mcm kabur jew. Mungkin dah lame sangat rasanye menghadap laptop kesayangan ku ini. Tiap2 hari aku menghadap laptop aku ni sampai dah jemu aku tgk laptop aku dan aku dah x tahu nak buat ape ngan laptop aku ini sbb aku ini dah selalu on9. Sampai semua yg ade dlm internet ini aku dah teroka. Aku pun x tahu nak teroka ape lagi.. bergune internet ini sebenarya untuk kite semua. Byk benda yg berfaedah kite leh menfaatkan didalam kehidupan sehari2an kite pada ketika ini.
Ilmu dimane sahaja kite leh cari dan teroka. Btol jugalah kata org. dimana sahaja kite boleh cari ilamu dan membaca juga pun leh mendapat ilmu juga. X byak sikit pun jd juga untuk melengkapkan kitaran hidup seharian kite. Didalam Wikipedia byk ilmu yg kite leh dapat. Bermacam2 jenis ilmu ade. Cume click hanya dijari semua artikel akan terpapar dan anda leh tahu segalanya ape yang anda tidak tahu selama ini.
Jng kite salah mengunakan teknologi pada masa ini, byk keburukan yang akan berlaku. Kite sehararusnya mengunekan ilmu tekcnologi dijalan yang btol. Disbbkan zaman skrg ini semua ilmu dihujung jari sahaja. Dimana2 pun kite leh dpt ilmu. Benda teknologi makin canggih hanya dihujung jari anda sahaja. Skrg ini kat kedai-kedai mkn pun ada wireless hebatkan pada zaman skrg ini. Sambil makan kite leh mencari ilmu dengan menggunakan telefon pintar. Mmg dahsyat pada zaman skrg ini.
Pada masa akan datang ku x tahulah bagaimane canggihnye teknologi berkembang. Agak2nye mcm manelah teknologi pada masa akan datang. Mesti terlalu hebat utk kite terokai. Harap2 teknologi makin canggih kite semua pun akan bersaing menjadi yg terbaik.
Entah ape2 jelah aku membebel panjang lebar hari ini.. hahhaa termasuk tentang teknologi pula. Mybee ini idea aku pada hari ini. Ini sahajalah nukilan aku pada hari ini. Harap korang x serik yew baca blog aku ini. Hehehe.. tunggu utk cerita seterusnya dari aku storyforever.  Semoga hari korang ceria selalu dan jgnlah bersedih2 yew. Senyum2 selalu ia boleh mengawet mudekan korang.
                                           Sekian dari storyforever

Thursday, 10 February 2011

Kejadian Hari Khamis

    Pada hari ini aku tak tahulah nak coretkan ape kat blog aku ni. hari ni sangat membosankan, buat ni salah buat tu salah semua serba tak kena ape yang aku buat hari ini, mungkin aku terlalu bosan sgt rasanye,sbb tu jd mcm tu. hari ini aku tak tahu nak cerita ape pada korang semua. aku masih lagi tgh memikirkan idea-idea yang gempak.

   Aku buka televisyen hari ini x ade cerita, kat astro lagi bosan balik-balik cerita yang sama berulang-ulang kali. huhu.. makin tekanan jiwa aku dibuat mcm ini. Cuaca hari ini sangat panas diluar, bahang dia terasa bagaikan menusuk-menusuk kulit aku, nak terbakar rasa kulit-kulit aku ini. kulit aku pun makin hitam skrg ni, pelik gak aku.

  aku makan ptg hari ini dengan hanya bermodalkan kuih-muih. huhuu.. aku sekarang pun makin naik. hahaha.. alamatnye tak lame lagi makin gemuk aku.. aku dah terasa badan aku makin membesar.. aku dah mule risau ngan badan aku ini.. mcm manelah aku nak buat lagi ni.. aku terpaksa bermulakan dengan senaman kembali dan mulekan diet aku blk.. huhuh pening kepala aku ini. aku kena nekad juga skrg ni sbb nak kecikkan sikit bdn aku yang makin membesar.. aku pun x tahu mcm mane bdn aku leh jd kembang bagaikan belon. makin risau aku dibuatnye.

   inilah dia coretan aku utk hari ini, aku tak ade idea sgt hari ini, t aku ade idea aku share ngan korang yew.. selamat bergembira and happy-happy selalu.